THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

About Me

My photo
He Walk Among Us, But He's Not One Of Us

May 31, 2011

Coretan Hati Derita


Orang cakap hidup ini kadang kadang umpama roda, sekali sekala kita di puncak membelah awan biru, ada kala kita tercampak jatuh "kedebuak" ke tanah dengan kadar kesakitan terlampau. Di tokok tambah pula dengan perumpama seperti, apa sekalipun yang terjadi hidup perlu diteruskan. Kita masih perlu melangkah ke depan tanpa menghiraukan apa yang telah menconteng pada sebuah kehidupan yang bagai sempurna sebelum ini. Yang Mungkin betul apa di coretkan oleh manusia sebelum ini.

Tapi, bukan semua pernah merasai suatu ketewasan , satu kekalahan yang mungkin menjatuhkan kita tanpa memberi peluang untuk bangun semula dan cuba sekali lagi. Sesetengah insan mampu, tapi bukan semua. Sayap yang sama membawa kita terbang tinggi juga merupakan sayap yang bakal membawa kita kebawah semula. Kita rapuh. Manusia sering rapuh dalam perjuangan hidup. Rapuh untuk bertahan, rapuh untuk melawan.

Keseluruhannya, kita bakal tewas akhirnya. Tak kira apa pun yang kita juangkan, apa pun yang kita pegang sebagai pendorong, kita hanya mampu melewatkan penentuan. Penentuan yang noktah, penentuan yang menyatakan kita hanya seorang pengalah yang sentiasa kalah pada cabaran. Tewas pada kepayahan. Terus menghurung derita yang tiada penghujung. Ya, kita sentiasa kalah. Selamanya akan kalah.

2 Spits On My Face:

enyheartsdiamond said...

hi adam! masih aktif berblogging ke? :D

jgn lah derita sgt.. bukan kamu seorang sahaja merasakannya.. saya juga begitu :')

aCe+ said...

hey eny, how r u? still active, but sometime bersawang gak la blog ni. hahahaha. derita skit ja. da ok skrg. thanx

Blog Archive