Hey Laila, Larilah Teruskanlah Berlari
Endahkan Acuan Pistol Dibelakangmu Jangan
Sesekali Kau Ragui Diri Sendiri
Teruskan Berhelah Selamanya Kerna Duniamu
Akan Tetap Kekal Serupa
Fakta Tetap Fakta, Dosa Dan Raga Tak
Mungkin Boleh Pudar Begitu Saja
Biarkan Ku Disini Menghitung Waktu,
Teruslah Mencela Kepercayaanku
Maka Larilah Laila, Teruskan Berlari Selagi
Kau Mampu.
Teruskan Berpura-pura Jangan Kau Cuba
Berhenti Walau Seketika
Teruslah Bermain Jangan Dikira Apa
Konklusinya
Kerana Kau Tahu Aku Akan Tetap Berdiri
Disini, Menanti
Ya Aku Yang Bodoh Terus Menunggu Dan Tetap
Menaruh Hati
Aku Percaya Akan Satu Yang Suatu Hari Nanti
Kita Akan Tetap Bersama
Mimpikan Pelamin Indah Yang Akan Kau Hiasi
Jua Akhirnya
Mimpi Mustahil Perlahan-Lahan Berputar Di
Benakku
Namun Kau Teruskan Jua Berlari Dan Aku
Masih Terpaku
Ya Laila, Larilah Selaju-lajunya Hingga
Tembus Ke Langit Yang Tinggi
Jangan Pernah Untuk Perlahan Walau Sedekat
Mana Aku Cuba Hampiri
Dekatku Bukan Untuk Menagih Kasih Tapi
Membawa Picu Dendam Kesumat
Persetankan Kehitaman Duniaku Tapi Tetap
Akan Ku Balas Biar Di Hujung Kiamat
Balasannya Pasti Namun Ketika Ini Tak Mampu
Aku Laksanakan
Mungkin Aku Lemah Tak Mampu Untuk Melanyak
Insan Bergelar Perempuan
Atau Mungkin Pembalasan Itu Tetap Tidak
Mampu Menggembirakan Hati Nan Satu
Atau Mungkin Perkataan Gembira Tidak Layak
Dalam Kamus Hidup Aku