THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

About Me

My photo
He Walk Among Us, But He's Not One Of Us

May 19, 2012

Puisi Buat Laila



Hey Laila, Larilah Teruskanlah Berlari
Endahkan Acuan Pistol Dibelakangmu Jangan Sesekali Kau Ragui Diri Sendiri
Teruskan Berhelah Selamanya Kerna Duniamu Akan Tetap Kekal Serupa
Fakta Tetap Fakta, Dosa Dan Raga Tak Mungkin Boleh Pudar Begitu Saja
Biarkan Ku Disini Menghitung Waktu, Teruslah Mencela Kepercayaanku
Maka Larilah Laila, Teruskan Berlari Selagi Kau Mampu.

Teruskan Berpura-pura Jangan Kau Cuba Berhenti Walau Seketika
Teruslah Bermain Jangan Dikira Apa Konklusinya
Kerana Kau Tahu Aku Akan Tetap Berdiri Disini, Menanti
Ya Aku Yang Bodoh Terus Menunggu Dan Tetap Menaruh Hati
Aku Percaya Akan Satu Yang Suatu Hari Nanti Kita Akan Tetap Bersama
Mimpikan Pelamin Indah Yang Akan Kau Hiasi Jua Akhirnya
Mimpi Mustahil Perlahan-Lahan Berputar Di Benakku
Namun Kau Teruskan Jua Berlari Dan Aku Masih Terpaku

Ya Laila, Larilah Selaju-lajunya Hingga Tembus Ke Langit Yang Tinggi
Jangan Pernah Untuk Perlahan Walau Sedekat Mana Aku Cuba Hampiri
Dekatku Bukan Untuk Menagih Kasih Tapi Membawa Picu Dendam Kesumat
Persetankan Kehitaman Duniaku Tapi Tetap Akan Ku Balas Biar Di Hujung Kiamat
Balasannya Pasti Namun Ketika Ini Tak Mampu Aku Laksanakan
Mungkin Aku Lemah Tak Mampu Untuk Melanyak Insan Bergelar Perempuan
Atau Mungkin Pembalasan Itu Tetap Tidak Mampu Menggembirakan Hati Nan Satu
Atau Mungkin Perkataan Gembira Tidak Layak Dalam Kamus Hidup Aku


0 Spits On My Face:

Blog Archive