Di SAAT KITA GEMBIRA DUNIA KITA YANG PUNYA.
BATAS SEMPADAN IBARAT BENANG PENANDA ARAS
ARAS BEZA ANTARA SAHABAT DAN GUNTING DALAM LIPATAN
SAHABAT YANG AKAN SENTIASA DISISI, BAIK MAHUPUN BURUK
ATAU GUNTING YANG AKAN MENUSUK KELUAR DARI LIPATAN KEMAS
“MUSUH” YANG HANYA AKAN MENIKAM KITA DARI BELAKANG
LALU PERGI MELANGKAH SETAPAK DEMI SETAPAK
JAUH DAN SEMAKIN JAUH
KITA TERTINGGAL DAN TERKAPAI-KAPAI
BAK BERENANG DI TEPI KUALA
DI HULUR TAK SAMPAI
DI CUBA KETINGGALAN
APA ERTI PERKATAAN SAHABAT, KAWAN, MEMBER, ATAU BRO?
AKU SESAT DALAM USAHA PENCARIAN MAKNA
AKU LEMAH DAH MENDEFINISI TAFSIR KATA
AKUGUGUP DALAM PENTAFSIRAN BAHASA
UMPAMA SEUMUR HIDUP AKU, AKU SEORANG YANG BUTA
GAGAL UNTUK MENCARI SECEBIS KERATAN RASA
AKU DIDUSTA DENGAN NGILAUAN KERTAWA
DI KALA DUNIA KU SANGKA INDAH BERSAMA
KAU TIKAMKU SEBENAK-BENAKNYA
KEMUNGKINAN YANG TIDAK DISANGKA
KERANA AKU TERLALU MENGHARAP BULAN JATUH KE RIBA
KERANA AKU TERLALU PERCAYA DENGAN KIASAN BAHASA
BAHASA DAN KITA TUTUR SABAN HARI
MARAH? TIDAK AKU TIDAK MARAH
AKU CUMA TERASA
KITA BERSAMA SENTIASA
MELAKUKAN DOSA DAN NODA
NAMUN PABILA HUKUMAN MENIMPA
KAU LOLOS SENDIRIAN
TINGGALLAH AKU DI SINI
SESAT MENCARI ALASAN
ALASAN YANG TIDAK KURASAPERLU SEBELUMNYA
TAPI KU PASRAH
MUNGKIN KAU DAN AKU MEMANG BERBEZA
CUMA AKU YANG BODOH DAN BUTA
BUTA UNTUK MENILAI
BODOH UNTUK PERCAYA
[Netflix] Lust, Caution HD quality
5 years ago
4 Spits On My Face:
syabas!puisi kali ini dalam bahasa melayu!;)
Dear Adam,
Wah..
Hebat juga madah2 ini.
Adam buat?
terrernya..
Like it..
eny- yeah, tahniah untk i kan. ahaks
LOL- thanx babe!
Post a Comment